JKKP diarah buat siasatan terperinci


KUALA LUMPUR: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) akan diarah menjalankan siasatan terperinci berhubung kejadian malang menimpa seorang pekerja restoran wanita yang mati selepas lehernya tersepit di pintu lif membawa makanan.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam, berkata pihaknya bersimpati dengan insiden menimpa mangsa dan akan menjalankan siasatan terperinci bagi mengetahui punca sebenar kejadian.

“Kementerian sentiasa memberi tumpuan terhadap isu lif, bangunan dan ketetapan tertentu bagi menjamin keselamatan pekerja serta pengguna.

“Justeru, apabila berlaku kes sebegini, kita terpaksa melakukan siasatan terperinci bagi mengenal pasti sama ada kejadian berpunca daripada kecuaian pihak majikan atau pekerja itu sendiri,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Subramaniam berkata, tindakan tegas akan dikenakan terhadap majikan yang gagal menepati syarat dan prosedur keselamatan di tempat kerja.

Source : MyMetro

Post a Comment

0 Comments